1.0 PENDAHULUAN
Pada masa kini, telah banyak filem telah
disiarkan di khalayak ramai dalam pelbagai genre. Akan tetapi, filem dan drama
Melayu yang disiarkan oleh pihak
televisyen Malaysia banyak memaparkan kisah-kisah masyarakat yang mengabaikan
aspek kesantunan dalam masyarakat Malaysia. Perkara ini sangat tidak sejajar
dengan konsep keperibadikan orang Melayu yang dikatakan hidup dengan penuh
kesopanan. Malahan, hal ini akan
mempengaruhi gaya hidup masyarakat agar menjadi lebih negatif dan tidak mengamalkan
lagi kesantunan dalam hidup mereka. Oleh sebab demikian, kesantunan harus
dipupuk dalam hidup masyarakat sejak kecil.
Definisi kesantunan ialah kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan
atau tulisan. Dr. Awang Sariyan(2007) memberi definisi kesantunan sebagai
penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradap, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Kesantunan
merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu
masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat bermasyarakat. Contohnya, semua
masyakat Melayu melarang anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara apabila
bercakap dengan orang yang lebih tua dari mereka kerana perbuatan tersebut
dianggap tidak menghormati orang lain.
Kesantunan berbahasa terbahagi kepada dua
iaitu kesantunan berbahasa verbal dan kesantunan berbahasa non verbal.
Kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
Hal ini menjelaskan bahawa masyarakat yang penuh kesantunan akan bertutur
dengan menggunakan bahasa halus. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar
disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tertib.
Kesantunan
berbahasa non verbal pula ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali
sebagai bahasa tubuh dengan cara beradap dan sopan. Bahasa tubuh, ekspresi
wajah yang merangkumi hubungan mata memainkan peranan yang sama penting untuk
melestarikan konsep kesantunan berbahasa non verbal itu. Tuntasnya, tidak kira
sama ada melalui verbal atau non-verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu
ada pada setiap insan di atas muka bumi ini
2.0 Filem
yang dipilih sebagai filem pilihan
Untuk menonjolkan kesantunan dalam filem
atau drama, saya memilih filem “PAPA I LOVE YOU”. Saya beranggapan bahawa filem
ini bersesuaian dengan tema kesantunan yang saya cuba tonjolkan dari aspek
positif dan negatif. Filem ini juga bersesuaian dengan semua lapisan umur dan
mampu memupuk kesantunan serta memberi pengajaran kepada masyarakat.
3.0 Sinopsis
Filem Papa I Love You turut dibintangi
pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat
kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif
terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.Selepas
kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang
sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak
masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup
baru.
Namun, atas semangat, dorongan dan
kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan
berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar
menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.Di sisi lain pula, Elly
yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang
terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima
bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.
4.0 Ulasan
Karya kedua Hashim
Rejab selepas Sekali Lagi ini ternyata filem yang dekat di hati penonton
tempatan. Ketepikan unsur komersial berlebihan, lawak jenaka bodoh, drama air
mata atau kesan khas yang memeningkan, Papa, I Love You sebuah naskhah jujur.
Jujur di segi plot, watak dan jiwa filem itu.Penulis 'tabik spring' kepada
Zalif yang berjaya membawa diri sebagai Baha, bapa tunggal yang terpaksa
menyara anak perempuan tunggalnya, Mia. Walaupun terlalu hijau untuk
dikategorikan hebat dalam lakonan, Zalif sebenarnya berjaya mengharungi setiap
detik dengan bersahaja.
![](file:///C:/Users/Safwan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.jpg)
Mungkin bunyinya seolah-olah Papadom karya
Afdlin Shauki yang turut mengangkat tema sama, Papa, I Love You sangat ringan
dan sesuai sebagai filem keluarga.Bukan bertujuan membezakan karya Afdlin dan
Hashim tapi bila diamati, kedua-duanya mempunyai daya tarikan sendiri dan
kelebihan. Bagi penulis, karya Afdlin berat manakala Hashim lebih ringan.Jika
bakat lakonan Zalif dapat dicanai dengan lebih mendalam, tidak mustahil kita
akan melihat kematangan dalam jiwanya kelak.
Sayangnya, Lisa Surihani seolah-olah hilang taring membawa watak Elly. Entah
mengapa, dia bagai hanyut dalam dunianya sendiri. Secara jujur, bukan tujuan
penulis menyatakan sisi buruk lakonannya tapi kematangan Lisa sebagai pelakon
berkaliber kurang jelas.Selain geraknya yang dirancang pengarah, wajah comel
serta cara Mia menyampaikan dialog masih mentah untuk diperkatakan penulis. Pun
begitu, anak kecil itu mempunyai daya tarikan sendiri untuk menguatkan jalan
cerita Papa, I Love You. Penulis juga kurang faham dan sedikit kecewa dengan
beberapa plot yang ibarat 'melepaskan batuk di tangga'. Antaranya ketika cuba
menonjolkan sisi perubahan setiap watak yang dilakukan tampak pantas. Saya
sangat berpuas hati dengan filem ini. Ia ibarat menikmati air tangan ibu
sendiri, walaupun hidangan itu sekadar telur goreng dadar berintikan bawang dan
cili.
5.0Kesantunan
berbahasa
5.1 Kesantunan verbal
Kesantunan berbahasa verbal
merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal
ditonjolkan terutamanya semasa bercakapa dengan orang lain, bergurau senda
dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat
pembentangan kepada umum dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya, konsep
kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
Sebagai analoginya, melalui
media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan
ceramah, seminar, serta sesi ucapan. Masyarakat Melayu amat mementingkan
kesantunan berbahasa kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan
tingkah laku penutur dan masyarakat tersebut. Contohnya, bersalam-salaman
apabila bertemu orang yang dikenali sebagai tanda menghormati orang lain.
Kesantunan berbahasa verbal yang saya dapati
dalam filem ini ketika adegan Mia dan Zalif berkhemah pada malam hari.
“ayah, kenapa kita tidur disini?”
“laa.. kan Mia cakap bosan tidur di rumah
jadi kita tidur di sini”
Adegan ini menunjukan bahawa Zalif sebagai
ayah sangat sayangkan anaknya sehingga dia sanggup untuk memasang khemah untuk
mereka tidur di luar rumah. Anaknya, mia memberi respon gembira sebagai
menunjukkan rasa suka terhadap apa yang telah dilakukan oleh ayahnya. Dalam
petikan surah al-israk ayat 23 ada menyatakan “dan hendaklah kamu berbuat
baik terhadap ibubapa” ini menunjukkan bahawa kasih sayang antara keluarga
dan anak-anak adalah sangat penting dalam perhubungan .
Seterusnya, antara kesantunan berbahasa
verbal yang dapat dilihat melaui filem ini adalah ketika Zalif masuk ke kedai
untuk menanyakan tentang kerja kosong.
“hello, selamat sejahtera ada apa yang
saya boleh bantu ?”
“selamat sejahtera, erm,saya Nampak kertas
di depan tu untuk kerja kosong.”
Melalui adegan ini, kita dapat melihat Bob
menyapa Zalif dengan baik dengan mengucapkan selamat sejahtera. Mereka berdua
menggunakan bahasa yang sopan ketika berinteraksi. Percakapan yang sangat sopan
sangat mempengaruhi sikap seseorang terhadap kita. Layanan yang baik akan di
balas dengan layanan yang baik juga. Hal ini jelas membuktikan kesantunan
berbahasa verbal wujud dalam dialog ini.
5.2 Kesantunan non verbal
Kesantunan non verbal ialah
komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan
cara beradap dan sopan. Bahasa merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di
mana mesej disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, padangan mata,
sentuhan dan gerakan tubuh. Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk
kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan
mesej yang dapat difahami. Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang
menggambarkan keadaan emosional seseorang seperti perasaan takut, marah, jijik,
muak, sedih, gembira dan minat. Kita juga boleh mengetahui bagaimana sikap
seseorang jika dia seorang yang bersiap sedia untuk berinteraksi atau memberi
perhatian terhadap penutur atau tidak melalui mata.
![](file:///C:/Users/Safwan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image008.jpg)
Melaui
adegan ini, kesantunan berbahasa non verbal dapat dibuktikan melalui perbuatan
Zalif yang mencium dahi anaknya, Mia. Ini telah menunjukkan sikap kasih sayang
seorang ayah kepada anaknya. Ini juga telah menunjukkan bahawa mereka
menerapkan sifat kesantunan berbahasa non verbal dalam kehidupan seharian
mereka.
![](file:///C:/Users/Safwan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image010.jpg)
Adegan ini menunjukkan perasaan marah Zalif
terhadap Lisa kerana Lisa telah bersama anaknya tanpa pengetahuannya. Ketika ini,jelas
bahawa Lisa tidak mengamalkan kesantunan kerana telah bersama anak Zalif tanpa
pengetahuan bapa kandungnya sendiri. Kesantunan berbahasa non verbal yang
patutLlisa lakukan ialah memberitahu terus bahawan Mia bersama dengannya ketika
bapanya sedang mencari anaknya yang hilang itu. Sepatutnya Zalif juga tidak
perlulah memarahi Lisa. Dalam firman Allah di dalam al-quran juga ada
menyatakan “kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata lemah
lembut ,semoga ia beringat atau takut”. Melaui ayat ini, islam menyatakan
bahawa kita perlulah menggunakan kata-kata yang baik ataupun lembut. Zalif
sepatutnya menyelesaikan dengan cara yang baik supaya Lisa dapat menerimanya
dengan senang hati.
![](file:///C:/Users/Safwan/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image012.jpg)
Adegan ini juga menunjukkan mereka saling
berpegang tangan dimana menunjukkan bahawa mereka saling menyayangi antara satu
sama lain. Kesantunan berbahasa itu dapat dilihat ketika mia mengajak Zalif dan
Lisa untuk makan. Mia mengajak dengan sopan untuk makan bersama dan mereka
menuruti permintaan mia tersebut. Jadi, jelas menunjukkan rasa kasih sayang
orang dewasa kepada kanak-kanak.
6.0 Justifikasi terhadap hujah
Secara keseluruhannya, kesantunan berbahasa
sangat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia ia melambangkan tingkah
laku, sikap dan budaya sesebuah masyarakat itu. Jika sesebuah masyarakat itu
tidak ada kesantunan dalam berbahasa, maka mereka akan mudah bertelagah antara
satu sama lain. Namun begitu, kesantunan dalam berpakaian juga dituntut kerana
dari pelbagai segi sebagai contoh pakaian. Contohnya, seseorang yang berpakaian
tidak sopan bermakna mungkin individu tersebut kurang sopan tingkah lakunya.
Walaupun begitu, kita tidak digalakkan menilai seseorang dengan melihat luaran
sahaja. Hal ini kerana, kadang-kadang luaran tidak melambangkan hati yang di
dalam sama ada baik ataupun tidak baik.
Selain itu juga, golongan muda pada hari ini
juga sudah hilang rasa homatnya kepada golongan tua. Keadaan ini berlaku tidak
kira dari segi pertuturan mahupun perbuatan. Dari segi pertuturan, kita sendiri
boleh lihat bagaimana orang muda menggunakan kata ganti nama diri mereka
sewaktu berbicara dengan orang yang lebih tua. Contohnya, ‘Mak aku nak duit
belanja lebih hari ni sebab nak beli buku’.Berdasarkan contoh tersebut,
penggunaan kata ganti nama diri ‘aku’ itu langsung tidak sesuai digunakan
apatah lagi apabila kita berbicara dengan ibu bapa kita. Pada pendapat saya,
penggunaan kata ganti nama diri ‘aku’ itu terlalu kasar dan ianya perlu diganti
dengan kata ‘saya’ yang lebih bersifat sopan.
Seterusnya, dari segi perbuatan pula,
situasi yang tidak mengamalkan kesantunan berbahasa adalah sewaktu menggunakan
perkhidmatan awam seperti bas, kereta api dan seumpamanya yang mana golongan muda tidak memberi laluan
atau ruang untuk golongan tua untuk
duduk. Mereka lebih gemar membuat hal sendiri tanpa memperdulikan kewujudan
insan lain yang lebih berhak untuk duduk. Keadaan ini jelas memaparkan sikap
atau perbuatan mereka yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada golongan itu.
Oleh itu, diharapkan keadaan seperti ini dapat diubah seperti bak kata pepatah
‘Yang tua dihormati, yang muda disayangi’.
7.0
Rumusan
Kesimpulannya, adalah sangat penting untuk
kita saling menjaga kesantunan bahasa Melayu kita supaya dapat memartabatkan
kesantunan berbahasa sebagai satu nilai
yang sungguh unik dan harmonis di mata dunia. Sebagai penutup, apabila sesuatu
bahasa itu sudah tidak terpakai lagi, maka lambat-laun hilanglah bangsa itu.
Sikap meminggirkan bahasa akan melenyapkan bangsa sendiri dalam negara bangsa
yang dibina sejak berkurun lamanya. Bak kata pepatah, “bahasa melambangkan jiwa
bangsa” dan “bahasa menunjukkan bangsa”. Tidak maju sesuatu bangsa itu tanpa
adanya bahasa.