Faktor-faktor
yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran olahraga dan permainan supaya
lebih berkesan dan menarik minat murid-murid sekolah rendah.
1.0
Pengenalan
Perkembangan olahraga serta permainan
semakin hangat di perkatakan di semua Negara termasuklah kita, Malaysia
terutamanya apabila tibanya musim kejohanan-kejohanan yang besar seperti
kejohanan olimpik dan kejohanan komanawel. Peningkatan dalam pelbagai acara
turut dijadikan sebagai aspek pemangkin dapat peningkatan pencapaian Negara.
Semua ini berlaku dengan adanya kesedaran dalam diri setiap ahli individu. Oleh
itu pengharyatan dalam sejarah perkembangan olahraga serta permainan.
Berdasarkan catatan yang telah dinyatakan dalam sejarah olahraga yang
menyatakan bermulanya lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno.
Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan sejak dahulu lagi dalam 3000 tahun
yang lampau. Berdasarkan sejarah ini, olahraga merupakan salah satu sukan
tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi
di Greece yang merupakan tempat tamadun manusia bermula. Jadi, ia memberi
maksud bahawa orang-orang Greece sudah lama melibatkan diri dalam acara olarag
ini, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi
lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports,
acara pertama yang telah direkodkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh
seorang ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum
Masihi . Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci. Manakala permulaan
perkembangan awal ialah bermula dengan Olaraga yang merupakan acara yang
menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat
perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus berlangsung sehinga
tahun 397 sebelum Masihi . Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja
Rom, Theodosius. Oleh itu pengharyatan kepada sejarah perkembangan olahraga ini
sangatlah penting bagi menerapkan sikap patriotisme dalam diri setiap atlet.
Perkara ini sangat penting dalam mewujudkan rakyat Negara yang bukan sahaja
cemerlang dalam bidang sukan malah berilmu dan berpengetahuan dalam bidang yang
mereka sertai.
2.0
Kepentingan pengajaran dan pembelajaran
Di peringkat sekolah, pengajaran dan
pembelajaran olahraga dan permainan adalah antara perkara yang penting. Ini
ialah antara unsaha melahirkan individu yang cergas dan flexible dalam
melakukan pelbagai perkara. Terdapat banyak kepentingan yang dapat dikesan
dalam pengajaran dan pembelajaran olahraga ini. Antara kepentingan yang paling
ketara adalah, jelas sekali untuk melatih kecergasan diri kanak-kanak di
pringkat sekolah bangku sekolah lagi. Sukan olahraga ialah segala kegiatan yang
memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada
sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa
lapang atau untuk beriadah. Maka, jelaslah bahawa ia mampu melatih kecergasan
diri kanak-kanak dalam pelbagai prospek. Sukan penting bagi melahirkan
seseorang murid yang sihat dalam segi fizikal dan tidak lupa juga kecergasan
mental. Pepatah arab ada menyatakan bahawa, akal yang sihat bermulanya daripada
tubuh badan yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh
menguatkan otot-otot dan tulang-tulang serta dapat menyihatkan tubuh badan terutamanya kanak-kanak kerana mereka
sangat memerluka tubuh badan yang sihat. Misalnya, seseorang murid yang
bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif
bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya
yang tidak bersukan. Jadi, tindakan kerajaan yang telah melaksanakan dasar 1
murid 1 sukan adalah merupakan sebuah dasar yang sangat bijak kerana ia mebantu
dalam menjalankan usaha dalam meningkatkan tahap pencapaian sukan olahraga
dalam Negara kita. Dasar 1 murid 1 juga bukan sahaja membantu para pelajar
dalam fokus sepenuhnya kepada sukan dan permainan yang mereka sertai malah
telah berjaya mencungkil bakat baru dan seterusnya melahirkan murid yang
berjaya.
3.0
Faktor-faktor
Selain itu juga, antara kepentingan yang
dapat dinyatakan ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti
mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu
mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan
jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk
disiplin murid tersebut. Selain itu, seseorang murid yang aktif
dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya.
Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang
sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar.
Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual
latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam
sukan juga berjaya dalam pelajaran.Di samping itu, sukan juga membentuk murid
menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana
dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan
berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong
Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam
sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid
yang berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa dalam melaksanakan
sesebuah perkara. Sukan juga mampu melatih untuk para pemain memiliki hati yang
kental disamping memupuk semangat kesukanan seperti bermain secara adil tanpa
kekasaran dan tidak menggunakan dadah semasa proses perlawanan berlangsung.
Kanak-kanak kini semakin menuju kearah kemodenan dan mereka juga sudah
tidak sama dengan kanak-kanak pada masa lalu. Mereka memerlukan cara pengajaran
yang kreatif dan menarik kerana mereka mudah bosan. Pengajaran secara teori
semakin kurang berkesan dan kurang efektif untuk dilakukan di dalam kelas. Oleh
itu, tenaga pengajar perlulah mengambil pendekatan baru dalam menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak di era permodenan ini. Banyak faktor yang dapat membantu
pengajaran dan pembelajaran supaya kelihatan lebih menarik. Perkara yang paling
ketara dapat dilakukan ialah dengan cara menggabungkan seni dalam pendidikan
jasmani. Seni ini terdapat banyak jenis dan ia boleh dipraktikkan mengikut
kesesuaian keadaan. Pengajaran boleh dilakukan dalam bentuk irama iaitu
menggunakan muzik dan pergerakan yang senang untuk dilakukan. Sesuatu irama itu
boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu
muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali.
Jadi sesi pengajaran dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan bantuan muzik
dan ia akan dapat mengurangkan rasa bosan dalam diri anak-anak muda ini.oleh
itu pengunaan cara yang betul dan mengikuti kehendak anak muda sekarang adalah
sangat memainkan peranan yang penting bagi memastikan mereka tidak merasakan
kebosanan apabila belajar. Di samping mereka belajar mengenai sukan, Sebagai
contoh, sesetengah kelas gimnastik menggalakkan kerja berpasukan dan
berpasangan di dalam kelas. Semakin banyak kanak-kanak berinteraksi dan bergaul
dengan kanak-kanak lain yang berbeza di sekolah dan program selepas persekolahan,lebih
banyak mereka belajar tentang cara untuk mengendalikan konflik dengan rakan.
4.0
Contoh-contoh aktiviti
Selain itu juga, pembelajaran pada masa
kini perlulah diolah bagi mengikut kehendak semasa. Perkara yang paling penting
perlu dititik berat ialah melalui kekreatifan sesuatu aktiviti bagi manarik
minat para murid untuk turut serta menjalankan aktiviti itu. Semasa di sekolah
dalam pembelajaran olahraga, para guru perlulah di dedahkan dengan cara
mengajar yang efektif dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Ini dapat
menjadi pemangkin kepada permulaan untuk menjalankan aktiviti yang lebih baik
daripada pembelajaran secara formal di dalam kelas. Pembelajaran dalam aspek
olahraga dan permainan merupakan pembelajaran yang lain daripada yang lain
kerana memerlukan praktikal yang berkesan dan teliti. Para guru perlu melakukan
demostrasi kepada mereka sebelum menilai tahap kemampuan para murid dalam
menguasai kemahiran tersebut. Pembelajaran secara amali di sekolah sangat
penting dan perlu dilakukan dengan lebih kreatif. Kreativiti merupakan elemen
yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak. Kemudian, selain
pembelajaran di sekolah pula kerajaan juga turut menjalankan program bagi
menyokong dan menarik minat murid-murid untuk bersukan disamping belajar
tentang sesuatu permainan itu. Pengaruh kerajaan dalam menyediakan program
seperti ini juga dapat menarik minat anak muda terutamanya murid untuk
mengambil bahagian. Selain dapat memupuk minat mereka, melaui program ini juga
dapat mencungkil bakat terpendam yang ada pada anak-anak muda ini. Sebagai
bukti, program seperti Mencari Ramli, Soccer Kids dan kejohanan Hoki Milo telah
mendapat sambutan hangat dari golongan ini. Justeru tindakan untuk menjalankan
aktiviti sejak dari peringkat kanak-kanak juga mampu mempengaruhi minat mereka.
5.0
Rumusan
Natijahnya, terdapat banyak faktor yang
dapat menarik minat murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran olahraga dan
permainan. Tugas tenaga pengajar untuk bertindak secara kreatif dalam aktiviti
pembelajaran merupakan aset yang paling penting yang dapat dipraktikkan secara
keseluruhannya. Kita sebagai masyarakat Malaysia perlulah mengambil peranan
masing-masing bagi memastikan minat murid-murid ini dapat dipupuk sejak
dibangku persekolahan lagi. Kemudian, kita
perlulah berpendapat bahawa praktikal lebih dan menarik banyak menyumbang akan
minat dan membantu mereka dalam mencapai keputusan yang positif dalam
pembelajaran mereka supaya cemerlang dan dapat digunakan dalam kehidupan
seharian. Peranan anak muda sendir juga penting kerana perubahan sebenar adalah
datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam merealisasikan impian mereka sebagai
pelajar yang menguasai kemahiran, mereka mestilah membuat tugasan yang
diberikan para guru dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga tidak seharusnya
menangguh atau bersikap sambil lewa dalam menjalankan sesuatu tugasan kerana
jika ditangguh tugasan demi tugasan, ianya sudah pasti akan memberi impak
negatif dan kita pasti tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan tugasan
tersebut secara bersendirian tanpa bantuan para tenaga pengajar. Maka dengan
demikian,kita mengharapkan usaha ini dapat membuahkan hasil kerana ingin
melihat kejayaan Malaysia di mata dunia. Semua kejayaan adalah bermulanya
dengan usaha yang kecil dan berterusan tanpa jemu. Sebagai
contoh, amalan tidur dan berehat yang cukup amat diperlukan untuk perkembangan
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak serta dapat mengurangkan
tekanan dan menenangkan tubuh badan. Oleh
itu, kerjasama antara semua pihak untuk adalah merupakan kunci kejayaan, Tanpa
usaha kerja yang bersungguh-sungguh, kejayaan dalam manarik minat anak muda
dalam menjalankan sesi pembelajaran olahraga dan permainan ini tidak akan
berlaku sama sekali.
No comments:
Post a Comment