Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch) adalah
deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang
dikenakan oleh objek yang tertentu.
Organ yang terlibat dalam pengesanan
rangsangan sentuhan ini adalahkulit (skin).
Struktur kulit manusia:
Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu,
dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).
Dermis:
- Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective
tissue).
- Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut
(to transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon
dioksida.
- Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian
(muscle fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
- Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk
mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
- Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory
receptors) kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh
bahagian kulit.
Epidermis:
- Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan
sel-sel mati yang keras pada permukaan.
- Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
- Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan
Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk
menghasilkan sel-sel baru.
Tahap kepekaan kulit
Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang
berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang
berlainan pada badan.
Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak
sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung
jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.
Tahap kepekaan (sensitivity) kulit
bergantung kepada dua faktor
- Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif
terhadap rangsangan.
- Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan
reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.
Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang
berlainan pada tubuh manusia
- Leher, pipi dan hujung jari.
Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor
yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.
- Tapak tangan (palm). Bahagian ini
mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan
sejuk dan panas.
- Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia
mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.
Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan
seharian:
- Tempat suntikan pada badan.
Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik. - Membaca 'Braille'.
Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.
No comments:
Post a Comment