Sunday, 26 June 2016

contoh refleksi eseimen

CACATAN REFLEKSI
               Saya Mohammad Safwan Bin Mahyudin dan telah bertugas sebagai biro peralatan telah siap menjalankan tugas dengan baik dan lancar. Pelbagai perkara telah saya tempuhi sepanjang menjalankan pekerjaan ini seperti terpaksa berhadapan dengan masalah yang tidak dapat saya elakkan seperti masalah ketiadaan barangan yang mencukupi dan juga masalah kerosakkan alatan siaraya. Namun, pengalaman menyiapkan tugasan kerja kursus telah banyak dapat mempersiapkan saya bagi menjalankan tugasan seperti ini di masa yang akan datang.banyak perkara baru telah saya dapat ketahui seperti cara mengendalikan alatan siaraya.
               Selain itu bantuan rakan-rakan dari biro siaraya dan protokol juga amat membantu saya dalam memastikan perjalanan kerja saya berjalan dengan lancar. Di samping itu, saya tidak kerap berjumpa dengan pensyarah untuk meminta pendapat mengenai kerja kursus saya. Ini menyebabkan saya sendiri tidak mengetahui kesalahan yang perlu saya perbetulkan. Namun begitu, ini juga dapat memberi pengajaran kepada saya untuk memperbaiki kelemahan yang telah saya lakukan.

Melalui pembelajaran dan tugasan ini, saya berpendapat subjek ini penting kerana murid-murid harus dibentuk dari segi semangat dalaman seperti emosi juga perlu dititikberatkan supaya dapat melahirkan insan yang lebih cemerlang, stabil dan mampu menghadapi segala jenis masalah. Tambahan pula dengan pengalaman rakan-rakan dari biro lain yang telah kerap menjalankan tugasan seperti ini dan mereka juga turut memberi tunjuk ajar yang baik dan teliti tentang perkara yang harus saya lakukan.Bukan itu sahaja, tugasan ini juga membolehkan saya untuk memahami tentang cara-cara menjalankan tugas sebagai seorang ahli biro peralatan.

Selain itu, program ini juga telah memberi impak yang positif kepada ahli peserta. Pelbagai nilai murni dapat dilihat melalui aktiviti seperti ini. Sebagai contoh, aktiviti senam seni ini mampu menggalakkan individu untuk sentiasa menggerakkan tubuh badan dan melakukan aktiviti senaman untuk menjaga kesihatan diri. Apabila  dilihat dari sudut lain pula, program seperti ini dapat melatih seseorang yang mengendalikan program supaya lebih peka dengan tugas masing-masing dan tidak mengabaikan perkara yang remeh.

Kesimpulannya, saya harap program yang telah dianjurkan bersama ini dapat dijadikan contoh dan telah dilakukan dengan memenuhi kehendak yang sepatutnya diarahkan. Sebarang cacat cela diharapkan mampu diperbaiki dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment