Peranan
mata pelajaran pendidikan jasmani salam membantu pembangunan berkaitan jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial seseorang murid di sekolah rendah
1.0 Pendahuluan
Pembelajaran pendidikan jasmani adalah
merupakan sebuah matapelajaran yang semakin dititikberatkan pada masa
kini.Pendidikan Jasmani adalah merupakan sebuah proses pembelajaran yang
menyeluruh dan merangkumi aspek yang domain seperti psikomotor, kognitif,
afektif, sosial dan emosi. Pada asalnya, pendidikan jasmani bermula ketika
zaman prasejarah yang merangkumi kegiatan jasmani dan kecergasan. Semua ini
berlaku kerana didorong perasaan untuk terus hidup. Pada zaman itu, mereka
perlu memburu untuk mencari makanan dan terus hidup. Dan ia juga telah menjadi
kegiatan harian mereka pada ketika itu. Masa telah pun mengubahkan segalanya
kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan jasmani dan
kecergasan atas dasar kepentingan untuk menjaga kesihatan. Pada zamn itu juga,
mereka hidup berpindah-randah dan aktiviti ini memerlukan kadar stamina yang
tinggi. Jadi mereka perlulah untuk hidup dalam keaadaan sihat dan cergas
melalui cara mereka seperti memburu. Pada zaman neolitik pula, manusia ketika
itu bermula untuk menjalankan aktiviti pertanian bagi menggantikan aktivi
memburu mereka. Manusia ketika itu tidak lagi berpindah-randah kerana memiliki
amalan baru iaitu menjalankan aktiviti pertanian. Gaya hidup mereka dikenali
sebagai agrarian. Selain itu juga, seperti di cina pula mereka menjadikan
aktiviti kung-fu kerana ia dapat membantu tubuh badan tubuh menjadi sihat dan
berfungsi dengan baik . selain kung-fu juga, aktiviti lain juga turut
diwujudkan seperti memanah,menari dan berlawan pedang. Manakala di india pula
menggunakan yoga untuk terus hidup dengan cergas san sihat. Pentadbiran di timur
tengah pula yang berasaskan ketenteraan juga dijadikan sebagai antara cara
untuk masyarakat mereka terus mementingkan tahap kecergasan mereka. Mereka
telah dididik sejak kecil dan sebagai objektif untuk melahirkan masyarakat yang
kuat dari segi kekuatan dan stamina selain kebaikan untuk kesihatan. Oleh itu,
pengharyatan dalam sejarah dan perkembangangan pendidikan jasmani untuk
kesihatan ini adalah sangat penting bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dalam
menghadapi kehidupan seharian di samping dapat menyumbangkan dalam pembangunan
Negara kita.
2.0
Kepentingan pendidikan jasmani dalam falsafah Negara
Selain itu, pendidikan jasmani ini juga
memiliki kepentingannya yang tersendiri dalam menjayakan falsafah pendidikan
Negara. Antaranya ,pembelajaran ini dapat menggalakkan anak-anak muda bersukan.
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk
rakyat. Bersukan dapat menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan
cergas.Sehubungan dengan itu,kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan
untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati
penyakit rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang berlebihan
ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020
terutamanya sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif
individu sendiri juga, seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya
terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan
secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang
berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan
lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya. Di samping itu juga,
pembelajran ini juga penting bagi bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Mereka dapat
mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan dan menguasai kemahiran asas di
samping mengalami pembelajaran untuk membentuk sahsiah dan disiplin diri dan
belajar untuk membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan dengan secara tidak
langsung. Ini sangat sejajar dengan apa yang dikehendaki dalam usaha menjayakan
falsafah pendidikan Negara. Murid perlu menguasai
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Mata pelajaran ini memberi
peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan
dan kemahiran praktikal.
3.0
Peranan mata pelajaran pendidikan jasmani dalam pembangunan sukan negara
Terdapat banyak peranan matapelajaran ini
dalam membantu pembangunan murid. Antara yang dapat dilihat melalui pembelajaran pendidikan
jasmani ini adalah pelajar akan dapat diberi ruang untuk mereka mencuba dan mengalami sendiri pengalaman untuk
menjalankan semua aktiviti fizikal dengan sendiri tanpa dibeza-bezakan. Sesungguhnya,pembelajaran
ini sangat berupaya untuk menyediakan kanak-kanak dalam usaha untuk mengamalkan
gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang rapi dan berturutan. Maka, Pendidikan Jasmani adalah merupakan
satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar dalam
pelbagai aspek. Selain belajar memahami dengan sendiri semasa menjalankan
aktiviti pendidikan jasmani ini mereka juga dapat cuba menerapkan sikap itu
semasa menjalankan aktiviti pembelajaran dalam matapelajaran yang lain.Selain
itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani ini dapat dilihat sebagai alat bagi
memangkin kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan
penyelesaian masalah. Kesemua ini telah menyebabkan matapelajaran Pendidikan
Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan
kanak-kanakterutamanya bagi sesi pembelajaran di peringkat sekolah rendah.
Dengan kata lain Pendidikan Jasmani telah menjadi matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah
yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor.
Keistimewaan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat
menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang
dinamis dan progresif. Ini dapat disimpulkan, Objektif dan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang
dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial melalui Pendidikan Jasmani kesemua
aspek ini boleh dicapai dengan jayanya.
4.0
Contoh sumbangan
Seterusnya, pembelajaran pendidikan
jasmani ini telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan sukan Negara
kita. Antara sumbangan yang dapat dilihat adalah dengan wujudnya ahli sukan
bertaraf dunia di Malaysia. Setiap ahli sukan pada mulanya mesti akan diajar
dahulu sebelum mereka dapat menguasai sepenuhnya semasa di peringkat
persekolahan. Justeru kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya memberi
penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak
yang kurang mahir dalam aktiviti sukan kerana setiap orang memerlukan peluang
untuk mencuba. Tanpa usaha yang gigih, mereka tidak akan berjaya menjadi
seorang ahli sukan yang berjaya dan mampu menjulang nama Negara di mata dunia.
Kecuaian dan sikap sambil lewa para pengajar perlulah diambil perhatian bagi
memastikan proses pembentukan kanak-kanak yang mahir dalam menguasai kemahiran
bermain. Seterusnya, kewujudan pembelajaran Pendidikan Jasmani di
sekolah-sekolah rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi ini juga
dapat mendedahkan kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara
berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana
melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak
membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan
selepas kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan
institusi-institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kegiatan yang dijalankan adalah
seperti aktiviti sukan yang biasanya kita jalankan. Kebiasaannya ahlit sukan
yang mengalami masalah kecederaan serius ini adalah disebabkan kecuaian mereka
sendiri. Secara umumnya, setiap orang mesti mengetahui cara bermain dengan
betul. Dengan wujudnya, ahli sukan yang tidak mengikut peraturan permainanlah
yang telah membawa imej buruk dalam kejohanan sukan Malaysia.
5.0
Rumusan
Natijahnya, sesi pembelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani amatlah
berguna dalam membantu pembangunan seseorang murid di sekolah rendah. Pelbagai
input penting dapat dilaksanakan dengan baik. (singh,
2010) (H., 2008) Sememangnya mata pelajaran pendidikan jasmani ini merupakan
implimentasi sepenuhnya di mana pelaksanaan pendidikan jasmani dari aspek
pengajaran, pembelajaran, dan penilaian merupakan satu usaha berterusan kearah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini sangat sejajar dengan usaha kerajaan
dalam membentuk masyarakat yang sempurna dai segi pembelajaran jasmaninya.
Penekanan sesi pembelajaran ini merangkumi kepada penglibatan murid secara
aktif dan selamat dan interaksi yang kreatif dengan persekitaran. Selain itu, sejajar dengan tuntutan falsafah
pendidikan negara, seseorang pendidik itu harus tahu tentang emosi dan rohani
pelajar mengikut peringkat perkembangannya. Pada peringkat ini golangan remaja
harus dikawal dan dicegah daripada perkembangan rohani yang tidak diingini.
Pendidik sewajarnya bersifat penyayang dan membantu pelajar serta membimbing
mereka agar menyelesaikan masalah rohani mereka dengan cara yang berpatutan di
samping menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada para pelajar. Konklusinya,
sebagai negara yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi, maka aspek rohani
perlulah ditegaskan dengan maksud menghubungkan manusia dengan Allah. Ini
tentulah menyentuh persoalan dasar kepercayaan dan ketakwaan kepada Allah. Apabila diperkatakan konsep rohani, maka
wajarlah dihayati aspek keimanan, tradisi keilmuan, ketakwaan, serta amal yang
salih. Oleh itu, dengan wajar perkara-perkra ini dihayati di dalam pembelajaran
agar dapat mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan Negara
No comments:
Post a Comment