![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiElfzbrMXJe0aU5VcTjrg21QWe3Bq7GFVPDKmfUHzTIx1bdpdvcNThqimoydr1i7A7BsFvJ3k8Kufcg57q4UQ0gO8XJo_bBrG9im8X3fxLA9ecBQJCewerPrdsXrtKSiiU-t-PhdZ7WDo/s400/profesor.gif)
Isu
dunia
Isu konflik yang berlaku di antara
Palestin dan Israel kini telah menjadi perbualan hangat di semua Negara tidak
terkecuali juga negara kita, Malaysia. Negara Palestin yang mengalami masalah
pertumpahan darah di bumi sendiri ini juga turut telah dianggap sebagai pengganas
walhal mereka adalah sebuah Negara islam dan juga merupakan saudara seislam
kita. Jadi, kita perlulah mengambil perhatian dalam menghayati konflik ini
dengan mata hati dan menilai sendiri dengan apa yang sudah berlaku. Sempadan Gaza adalah sebuah kawasan yang terletak di pantai timur
laut tengah, berhampiran dengan Mesir di sebelah barat daya, dan Israel di
sebelah timur. Majoriti penduduknya ramai dan lahir di sempadan Gaza,
selebihnya merupakan penghuni palestin yang melarikan diri ke Gaza setelah
meletusnya perang Arab-Israel tahun 1948. Pelbagai penderitaan telah dialami oleh saudara seislam
kita di sana kerana mereka telah ditindas oleh zionis yang kejam. Petempatan
mereka telah diambil sedikit demi sedikit dalam proses menubuhkan Negara haram
mereka itu. Jadi mereka menggunakan pelbagai alas an bagi membolehkan mereka
bertindak sedemikian ke atas penduduk bumi palestin sehingga kini. Pelbagai
faktor yang telah menyebabkan konflik ini terjadi dimana mereka menggunakan pelbagai
taktik. Mereka juga sanggup melakukan keganasan yang tidak berperikemanusiaan
kepada semua peringkat umur samaada tua,muda mahupun kanak-kanak kecil. Sikap
kejam mereka telah membuatkan ramai pemuda di sana bangkit dan menyambut seruan
jihad bagi mempertahankan kedaulatan Negara mereka. Israel juga turut tidak
berdiam diri malah mereka juga turut melancarkan pelbagai jenis serangan bagi
mematahkan kebangkitan rakyat palestin. Mereka juga turut melancarkan serangan
dari setiap sudut iaitu dari darat dan udara. Dengan ini, kita sebagai rakyat
Malaysia perlulah berusaha mendoakan kan kejayaan mereka kerana mereka telah
dijanjikan oleh Allah untuk berjaya suatu ketika nanti. Selain itu juga,
Malaysia juga turut perlu mengambil iktibar daripada konflik yang telah terjadi
bagi mengelakkan Negara kita sendiri dari mengalami nasib yang sama dengan
Negara yang bergolak itu.
Pelbagai sebab yang telah menyebabkan
konflik ini berlaku di Negara palestin ini. Antaranya, masalah perebutan hak
milik tanah Negara. Israel telah menyatakan bahawa kepercayaan mereka
menyatakan golongan Zionis yang terdiri daripada orang Israel telah memiliki
tanah di Palestin, khususnya Jurusalem, merupakan tanah suci bagi agama Yahudi
pada suatu ketika dahulu seperti yang telah diceritakan di dalam al-quran dan
merekabertegas menyatakan mereka mempunyai hak ke atas tanah tersebut. kemudian
mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya. Mereka
seolah-olah tidak memegang langsung dan menafikan prinsip-prinsip agama mereka
yang memberitahu bahawa kepercayaan yahudi yang menerima kebebasan hak beragama
dan paksaan dalam menganuti agama. Israel juga turut melakukan keganasan dan
kezaliman ke atas rakyat Palestin seperti pengusiran secara paksa, rampasan
tanah, harta dan lain-lain bagi memberi penderitaan kepada rakyat palestin.
Mereka kini dianggap tidak mempunyai Negara kerana kini palestin telah
diiktiraf sebagai Negara haram Israel. Selain itu juga, mereka juga menggunakan
alasan agama dalam usaha mereka untuk mendapatkan palestin. Golongan Israel
telah menubuhkan gerakan Zionisme sebagai sebuah gerakan keagamaan yang
dijalankan oleh dari golongan mereka sendiri. Jadi, gerakan ini menyebabkan
mereka cuba mendapatkan hak negara atau hak kawasan untuk diiktiraf sebagai
pusat penyebaran agama untuk mereka.
Mereka menyatakan kitab mereka iaitu injil telah diturunkan dinegara itu. Di
samping itu, mereka juga turut menyatakan bahawa nabi yang di utuskan kepada
mereka berasalnya dari situ. Jadi, mereka ingin menjadikan Negara itu hanya
diduduki oleh golongan mereka sahaja kerana pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
teah mencadangkan bagi mengambil rakyat palestin untuk diwarganegarakan kepada
rakyat Israel. Akan tetapi, cadangan ini tidak diterima oleh mereka dan secara
langsung telah menyebabkan perebutan tanah antara kedua-dua bangsa itu.
Perebutan ini turut melibatkan keganasan serta pertumpahan darah sehingga kini.
Pelbagai penderitaan telah dialami okeh
rakyat palestin dari setiap sudut perkara. Dalam hal ini, pelbagai usaha-usaha
telah dilakukan oleh persatuan bangsa-bangsa bersatu dan masyarakat dunia.
Mereka kini telah membuka mata dan tidak bersetuju dengan apa yang telah
dilakukan oleh Israel. Masyarakat kini turut sedang menjalankan usaha-usaha
untuk membantu rakyat palestin dalam pelbagai segi termasuklah rakyat Malaysia
sendiri. Dalam usaha perdamaian konflik Israel dan Palestin, PBB
menjadi perunding yang berusaha untuk berunding akan kepentingan
antara Palestin dan Israel. Selain itu, terdapat banyak resolusi yang
dikeluarkan oleh PBB yang mempengaruhi konflik antara Israel dan Palestin.
Rundingan yang dilakukan oleh PBB adalah usaha diplomatik yang ditujukan untuk
penyelesaian konflik itu. Pemisahan Palestin kepada sebuah Negara Yahudi dan
Negara Arab melalui Resolusi 181 telah dilakukan akan
tetapi resolusi tersebut ditolak secara tegas oleh negara-negara Arab yang
menyokong Palestin. Respon daripada Negara barat merupakan antara perkara yang
diambil peranan sebagai sebuah peranan yang sangat penting dalam membantu
menyelesaikan masalah ini. Selain itu, pelbagai usaha lain telah dilakukan
dalam usaha untuk menyelesaikan konflik antara kedua pihak ini akan tetapi
kesemuanya tidak menyampai persetujuan kekal dan keputusan yang muktamad. Oleh
itu, sehingga kini rakyat Palestin terus ditindas secara kejam tanpa mengira
peringkat usia atas dasar mereka sebagai tuntutan dalam mendapatkan hak ke atas
tanah bumi itu. Sampai bilakah rakyat palestin perlu menjadi mangsa atas
kekejaman ini ? Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai umat islam dan manakala
kita juga masing-masing bersaudara
antara satu sama lain perlulah berdoa agar suatu hari nanti Negara palestin
akan kembali aman dan konflik ini menemui jalan penyelesaiannya tanpa
berlakunya lebih banyak pertumpahan darah. Kita juga perlu percaya akan janji
allah seperti yang telah dinyatakan di dalam al quran bahawa kemenangan Gaza
itu telah dijanji pada akhir zaman ini. Maka, kita juga tidak semestinya hanya
menunggu seperti menunggu bulan jatuh keriba. Usaha kita sebagai seorang muslim
tuja turut dititik –beratkan dalam menjayakan usaha kemenangan agama islam kita
pada akhirnya.
Di samping itu,antara perkara yang
dijadikan sebagai usaha menangani dan membantu saudara kita dipalestin ialah
dengan cara yang lebih dikenali sebagai cara halus. Malaysia turut menggunakan
cara ini secara keseluruhannya. Antara perkara yang dapat dilakukan melalui
cara ini adalah dengan berusaha untuk memboikot barangan keluaran Israel
ataupun yang bersekongkol dengan meraka, dan melakukan demontrasi secara aman
secara besar-besaran bagi membuka mata dunia tentang kekejaman yang dilakukan
ke atas rakyat palestin. Melalui cara ini, sedikit sebanyak mampu menunjukkan
kekejaman rejim ini dan hasilnya ,kini lebih bnyk Negara yang kian lantang
untuk menyatakan dan melabel mereka sebagai penjajah di bumi palestin. Mereka
juga turut menyatakan yang hak bahawa rakyat palestin sememangnya sangat berhak
untuk menduduki bumi itu.dengan ini terbukti bahawa Malaysia juga turut
mengambil sebuah langkah yang bujak dalam usaha membuka mata duni tentang
kekejaman rejim zionis ke atas rakyat palestin. Sebagai contoh, antara tanda
Malaysia memboikot barangan Israel melalui kempen-kempen yang dijalankan oleh
pihak kerajaan kita ini dari pelbagai sudut. Pertama, antara pusat penyebaran
yang paling berpengaruh di Malaysia ialah media massa. Media massa juga turut
mengambil peranan yang sangat penting dalam menyiarkan dan menyebarkan maklumat
yang tepat kepada seluruh warga Malaysia. Melalui kaedah ini, ramai rakyat akan
mudah untuk mengetahui dan mencari maklumat tentang status makanan yang sering
mereka beli bagi mengelakkan diri mereka membeli barangan yang diboikot.
Kepekaan pembeli juga perlulah diambil kira keran pembeli juga menentukan
barangan yang akan mereka beli. Pengaruh media massa dalam membantu dalam
menyedarkan rakyat tentang kepelbagaian keburukan menggunakan barangan boikot.
Dengan cara ini, sekiranya usaha ini dilakukan secara berterusan dan dengan
berkesan dapat melumpuhkan ekonomi mereka sedikit demi sedikit. Ini adalah
merupakan sebahagian usaha kecil kita sebagai umat islam dalam mempertahankan
maruah agama dan juga maruah Negara seislam kita. Usaha ini walaupun dianggap
sebagai terlalu kecil, akan tetapi apabila kita semua bersatu sebagai satu
suara justeru dapat mewujudkan sebuah usaha yang besar tanpa kita sedari.
Intihanya, penderitaan yang dialami oleh
para saudara kita ini sangatlah memberi kesan mendalam dalam diri kita serta
masyarakat. Konflik Israel
dan Palestin merupakan konflik yang berlangsung
sangat lama,
enam puluhan tahun konflik ini terjadi dan belum menemui titik penamatnya.
Kadangkala konflik terjadi kerana adanya pemikiran sempit iaitu pemikiran yang diturunkan
dari generasi ke generasi dan terus
menerus dipraktikkan disebabkan ketegangan di masa lampau yang tidak dapat
diselesaikan
dengan cara yang baik.Bagi bangsa
Yahudi, tanah merupakan hal yang cukup penting
bagi mereka. Penderitaan
mereka telah lama berlaku sejak dari dahulu lagi. Perebutan hak milik tanah ini
menyebabkan banyak kematian dalam kalangan mereka. Akan tetapi, tuhan telah
menjanjikan syurga bagi mereka para syuhada yang ikhlas berjihad di jalan
allah. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengambil pengajaran dan
menjaga kedamaian dan kesejahteraan Negara kita selagi masih aman sebelum
kesemua nikmat itu ditarik kembali. Pelbagai agenda dari zionis laknatullah
telah dicipta mahupun direka dan dilakukan bagi mendapatkan tanah suci Palestin
itu walaupun dengan menggunakan cara yang kotor dan tidak berperikemanusiaan. Maka
dengan ini, iktibar untuk kita dalam meneruskan keaman Negara adalah sangat
penting bagi memastikan genersai akan datang dapat menikmati keamanan Negara
kita, Malaysia. Unsur-unsur negatif adalah merupakan sesuatu yang sangat
berbahaya kerana ia mampu menggugat keadaan keharmonian sesebuah Negara.
Golongan anak muda perlulah menjadi modal kerana pentadbiran akan datang akan
ditakbir oleh mereka. Masa depan sesebuah Negara dapat diramal dengan melihat
sikap anak-anak muda Negara mereka, jadi, peranan anak muda juga turut perlu
diambil berat dan perlu didorong untuk kembali ke jalan yang benar. Selain itu,
peranan pemimpin juga turut menjadi sesuatu peranan dan tanggungjawab yang
penting kerana kesemua keputusan yang dibuat adalah melaluinya. Tuntasnya, kita
mengharapkan agar suatu hari nanti akan ada jalan penyelesaian kepada konflik
Israel dan Palestin demi keamanan sejagat dan kita perlu berdoa agar mereka
mendapat kejayaan yang mutlak daripada usaha-usaha mereka mempertahankan salah
satu tanah suci bagi umat islam sedunia.
No comments:
Post a Comment