AKTIVITI
PERGERAKAN FIZIKAL SEPERTI GIMNASTIK IRAMA DAN PERGERAKAN KREATIF MENGGALAKKAN
KANAK-KANAK BERSIKAP POSITIF, BERPENGETAHUAN, DAN BERKEMAHIRAN KE ARAH GAYA
HIDUP YANG SIHAT
Pergerakan tubuh adalah perkara asas yang
sangat penting. Pada masa kini kegiatan aktiviti fizikal semakin
dititikberatkan kerna ia membawa pelbagai impak positif kepada kegiatan
seharian setiap orang. Kanak-kanak sejak
dilahirkan memang sudah ditakdirkan untuk suka bergerak bebas. Persoalannya,
bagaimanakah untuk menarik minat kanak-kanak pada zaman sekarang? Oleh itu,
setiap individu perlulah cuba untuk mendekatkan diri atau menceburi aktiviti
ini bagi meningkatkan taraf kesihatan diri sendiri. Untuk kanak-kanak, sebelum mereka dapat bergerak sedemikian,
perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pelbagai
elemen terlibat dalam melakukan aktiviti ini. Di samping,
antara cara yang mampu membantu dalam menjayakan aktiviti ini adalah melalui
pembelajaran sejak dari awal bangku persekolahan lagi. Antara perkara yang
boleh dipelajari oleh mereka ialah melalui pergerakan tubuh badan melalui
aktiviti fizikal. Pergerakan tubuh adalah merupakan elemen yang sangat penting
bagi mengaprisasikan sesebuah gabungan pergerakan yang menarik. Oleh itu ,
pendedahan kepada pergerakan tubuh ini sangat penting untuk setiap individu
kerana kepelbagaian kesan yang baik yang telah dibuktikan. Sebagai contoh,
kebanyaka atlet Negara yang berjaya di peringkat kebangsaan adalah merupakan
pelajar daripada pusat latihan Negara seperti sekolah-sekolah sukan dan
sekolah-sekolah projek.
Kesedaran tubuh badan membolehkan kita mengenali bahagian tubuh badan dan mengawal
pergerakan yang dilakukan oleh tubuh. Manakala, bagi pergerakan kretif yang
ingin dipelajari ini memerlukan pengalaman, inspirasi , dan faktor persekitaran
sebagai aspek yang perlu diketahui. Misalnya, pembelajaran secara teori tidak
banyak membantu kerana pengalaman melakukan aktiviti dengan cara amali seperti
yang dilakukan di peringkat sekolah. Jadi, terdapat banyak cara yang boleh
dipelbagaikan bagi memberi kesesuaian dalam menjalankan sesebuah aktiviti itu.
Selain itu, ibu bapa hendaklah menjadi ikon dalam keluarga mereka.
Ibu bapa perlulah mengambil peranan mereka dalam memberi pengetahuan tentang
kepentingan gaya hidup yang sihat bagi setiap kanak-kanak terutamanya meraka
yang masih berada di bangku persekolahan. Antara kepentingan yang perlu
ditekankan kepada kanak-kanak ialah kepentingan dalam melakukan senaman.
Senaman boleh dipraktikkan dalam pelbagai bentuk. Tidak dinafikan kanak-kanak
zaman sekarang lebih menumpukan perhatian mereka kepada gadjet-gadjet
canggih,akan tetapi disinilah kita dapat melihat peranan sebenar peranan
ibubapa dalam menanam minat anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti senaman.
Ia juga menjadi sebagai cabaran baru guru masa kini dalam menyelesaikankan
masalah dalam memupuk minat pelajar dalam melakukan kegiatan sihat ini.
Aktiviti senaman ini tidak sahaja boleh dilakukan secara formal malah ibubapa
boleh melakukan perubahan dalam setiap jenis senaman bagi memastikan ia
memenuhi minat da citarasa anak-anak mereka. Selain itu, gaya hidup sihat
kanak-kanak boleh diterapkan dengan melalui amalan gaya hidup yang sihat. Sebagai
contoh, antara amalan gaya hidup sihat yang dapat dipraktikkan dalam diri
setiap kanak-kanak ialah dengan menjauhi amalan merokok, (malaysia,
1998)mengurangkan pengambilan makanan segera, dan amalan berjumpa dengan
doktor sekali setiap tahun untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Kemudian,
kanak-kanak juga boleh diterapkan dengan amalan pengambilan makanan seimbang.
Pengambilan makanan seimbang mengikut keperluan adalah antara sesuatu perkara
yang perlu diambil kira dalam menjalani amalan gaya hidup sihat. Jadual piramid
makanan adalah sangat penting disamping juga dapat membantu para pengamal gaya
hidup sihat untuk mengawal pemakanan seimbang mereka. Maka dengan ini,
kepentinga gaya hidup sihat kepada kanak-kanak adalah sangt penting bagi
memastikan generasi akan datang memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak
mengidap sebarang penyakit berbahaya. Pelbagai kempen telah dilaksanakan
sebagai contoh kempen amalan hijau, kempen kitar semula, dan kempen gaya hidup
sihat.
Antara aktiviti yang boleh dipelajari oleh
individu ialah seperti aktiviti gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Selain
dapat menghindari diri daripada penyakit, ia juga mampu memupuk minat para
kanak-kanak dalam melakukan aktiviti sihat . Melalui aktiviti gimnastik irama,
ia memberi tumpuan
kepada aspek pembelajaran secara individu mahupun berkumpulan dalam membuat
ekplorasi yang unik dan kreatif serta menggunakan tubuh badan dan alatan yang
telah ditetapkan.
Manakala, pergerakan kreatif pula adalah merupakan satu bentuk aktiviti yang
memanipulasikan gerakan fizikal anggota badan dengan menyeluruh dan dilakukan
secara kreatif dan menarik bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan
masalah mereka secara individu. Pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana
kanak-kanak menari atau bergerak secara spontan mahupun dirancang mengikuti
muzik yang telah dimainkan. Setiap individu ekspresikan perasaan dan persepsi
mereka berpandukan sumber musik yang didengari. Dengan ini dapat mengajar
mereka ilmu-ilmu baharu dan berkemahiran dalam melakukan setiap pergerakan yang
dipelajari. Melalui aktiviti seperti ini juga, kanak-kanak dapat menyelesaikan
masalah peribadi mahupun umum. Bagi aspek
memanupulasi alatan dalam aktiviti ini
pula dapat memperlihatkan kemahiran mempergunakan alatan dengan cara yang betul
dan cekap untuk membentuk gerakan. Pelajar akan mula
belajar sendiri untuk mengendalikan perasaan mereka melalui pergerakan. Apabila
kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat
menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik yang mereka dengari. Oleh
itu, penggunaan dan pemilihan lagu yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan
dapat membantu para pengajar justeru dapat menambah minat mereka dalam menanam
minat untuk belajar secara berterusan.
Dari sini dapat dilihat dimana peranan
sesetengah individu dalam melaksanaan tanggungjawab mereka. Sebagai contoh,
peranan ibubapa sangat penting dapat memupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari
aktiviti sihat ini. Pendedahan dirumah sangat penting dalam memberi sokongan
dalam usaha mereka semasa ingin mempelajari aktiviti seperti gimnastik irama
dan pergerakan kreatif. Misalnya, ibubapa boleh membelikan alatan permainan
yang berkaitan seperti gegelung untuk anak-anak mereka bermain. Selain itu
juga, peranan guru disekolah dalam mendedahkan tentang kebaikan mempelajari dan
menguasai asas pergerakan ini juga mampu memupuk minat kanak-kanak. Sehubungan
dengan itu, penguasaan secara menyeluruh amatlah penting supaya ilmu dapat
disampaikan dengan berkesan. Strategi pengajaran juga penting supaya murid
tidak mudah bosan dengan apa yang akan mereka pelajari. Masyarakat juga turut
mempunyai peranan atau tanggungjawab mereka sendiri dimana mereka juga turut
menjadi aset bagi menggerakkan serta menunjukkan minat dalam menjalankan amalan
hidup yang sihat. Semua ini terjadi kerana masyarakat mampu memainkan peranan
mereka dalam menambah minat golongan kanak-kanak pada zaman ini. Masyarakat
juga mempunyai pengaruh yang tinggi dan mampu mengubah cara hidup mereka. Rasa
tanggungjawab kepada bangsa dan Negara dalam kalangan setiap individu
mewujudkan semangat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang
menerapkan amalan gaya hidup sihat adalah tanggungjawab bersama. Maka, sikap
kerjasama diantara satu sama lain amat penting bagi menjayakan dan melahirkan
sesebuah Negara yang boleh dijadikan sebagai sebuah negara contoh bagi
negara-negara lain. Pengurusan
organisasi dan pengurusan kerja yang berasaskan teknologi maklumat juga sedikit
sebanyak telah membawa kepada satu revolusi baru dalam usaha menjalankan amalan
gaya hidup sihat ini khususnya dalam bidang-bidang kesukanan.
Antara cadangan terhadap aktiviti
gimnastik irama dan pergerakan kreatif dalam usaha untuk diaplikasikan dengan
lebih baik atau semakin menyeronokkan. Ini juga merupakan antara
langkah-langkah bagi menarik minat kanak-kanak menceburi bidang ini. Maklumat berkenaan disalurkan melalui pelbagai metod
dengan turut mengambil kira aspek keberkesanannya. Dalam
aktiviti gimnastik irama, penggunaan lagu dan pergerakan menarik adalah sangat
penting. Terdapat beberapa usaha menarik minat untuk kanak-kanak menyertai
aktiviti ini. Perkembangan teknologi
informasi telah menyebabkan perubahan terhadap kehidupan masyarakat dalam
segala aspek di negara ini. Antaranya, menggunakan lagu
yang moden dan mengikuti perkembangan semasa. Selain itu juga,pergerakan juga
boleh diaplikasikan dengan menggunakan tarian-tarian moden yang ada pada zaman
kini. Kanak-kanak pada abad ini sangat mengikuti perkembangan semasa, jadi
penggunaan tema moden adalah sangat menepati citarasa mereka. Pelbagai lagu dan
tarian telah tercipta mengikut perkembangan zaman.dan ia turut menjadi ikutan
orang ramai. Maka, gabungan elemen moden boleh dilakukan bagi meningkatkan
tahap mnat mereka. Tambahan lagi, antara pengaruh yang sangat besar dan
disamping menjadi elemen penghantar ialah melaui media massa. Sebagai contoh,
antara permainan yang menjadi tarikan di Malaysia seperti permainan hoki dan
bola sepak yang telah disiarkan di media massa dan telah mendapat pengaruh
peminat yang sangat tinggi. Oleh itu, ternyatalah bahawa media massa mampu
menarik minat penonton terutamanya dikalangan kanak-kanak. Selain itu,
kegagalan fungsi media massa dalam menyiarkan kan maklumat juga serupakan
antara masalah yang sering memberi kesan yang amat mendalam dalam sesebuah aktiviti kesukanan.
Akhir sekali, kebaikan yang akan datang
daripada aktiviti pergerakan ini dapat juga diaplikasikan dalam kehidupan
seharian mereka. Individu akan mempunyai lebih kelebihan ketika melakukan
aktiviti sebagai contoh aktiviti yang dijalankan ketika berada di sekolah.
Semasa di sekolah, pelajar yang ingin mengambil bahagian dalam acara sukan
perlulah mempunyai kemahiran yang spesifik sebagaimana yang diperlukan ketika
memainkan aktiviti sukan tersebut. Perkara yang paling penting yang ingin
dicapai ialah untuk meningkatkan dan memperbaiki amalan gaya hidup sihat supaya
mengikut piawaian dan justeru melahirkan golongan masyarakat yang sihat
daripada segi rohani, jasmani dan intelektual. Amalan yang membina ini sentiasa
akan memastikan tahap kesihatan supaya sentiasa akan berada didalam keadaan
yang sangat baik. Sebagai contoh, gaya hidup sihat akan selalu memberi faedah
yang tinggi kepada tahap kecergasan anggota badan tetutamanya kecergasan
fizikal. Kecergasan fizikal amat penting dalam kehidupan masing-masing.
Misalnya, aktiviti senaman yang menarik dan berterusan mampu menjadikan diri
individu lebih sihat dan menceriakan. Pergerakan
pelbagai aras yang melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan
otot, ketangkasan dan imbangan dapat dipelajari dan dipraktikkan dalam
kehidupan. Pergerakan menggunakan ruang diri dan ruang am boleh dilakukan
dengan pelbagai aras tinggi, sederhana dan rendah mengikut kemampuan individu
dan mengikut kesesuaian keadaan. Kanak-kanak
dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh
disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat mencetus keadaan
dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang
sihat. Kesimpulannya, aktiviti pergerakan kreatif hendaklah dijalankan dan
dikendalikan berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan
mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan kepada
diri mereka.
No comments:
Post a Comment